>

mari berkongsi masalah anda bersama saya... saya sedia membantu anda....

Isnin, 20 Disember 2010

CARA MENGATASI MASALAH REMAJA

     Hari ini saya ingin membincangkan sebuah lagi isu yang amat menarik untuk dikupas. Tajuknya ialah "CARA MENGATASI MASALA REMAJA". Tajuk ini dikatakan menarik untuk dibincangkan bersama kerana saya selaku remaja berpendapat bahawa remaja pada era perkembangan maklumat ini semakin mundur dari segi akhlaknya dan maju dari segi pemikiran teknologi.

Pembaca yang saya hormati sekalian,


Lihat sahaja gambar yang saya pamerkan disebelah. Inikah anak bangsa kita? Tidakkah anda berasa sedih  melihat kejadian yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja kita pada hari ini? Tidakkah anda berasa malu? Adakah anda remaja seperti ini  yang kita akan harapkan untuk memimpin negara yang indah ini pada masa akan datang?

Kita sepatutnya mengambil langkah awal bagi menangani masalah ini bagi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk memastikan wawasan negara kita tercapai. Antara langkah awal yang boleh diambil ialah dengan mengenal pasti keperibadiaan anak-anak dirumah. Tugas ini semesti nya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mencorak anak-anak. Seperti kata pepatah melayu lama ada mengatakan bahawa "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Peribahasa ini amat jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam mencorak kepribadian anak-anak. Ibu bapa juga perlulah memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, terdapat segelintir ibu bapa pada masa kini lebih mementingkan kerjaya mereka berbanding anak-anak mereka yang lebih memerlukan mereka.

Para pembaca yang saya sayangi sekalian,

     Sementelahan itu, bagi remaja yang masih bersekolah, sekolah merupakan sebuah institusi yang mampu mengubah seseorang remaja. Hal ini kerana, apabila remaja ini bergaul dengan rakan yang sebaya dengannya, perlakuan mereka akan lebih terserlah. Hal ini merupakan kerana pengaruh rakan sebaya. Oleh itu pihak sekolah seharusnya memainkan peranannya dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah. Hal ini akan lebih berjaya jika guru-guru kaunselor yang dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar yang bermasalah ini. Dengan cara ini dapat membantu membentuk diri mereka agar lebih berakhlak.

     Selain itu, pihak kerajaan juga harus lah memainkan peranan mereka agar perkara ini tidak menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini. Pihak kerajaan kita telah pun mengambil langkah awal bagi mengatsi masalah ini. Pihak kerajaan telah mewujudkan sekolah Henry Gerny bagi membantu memulihkan pelajar atau remaja yang mempunyai masalah.

    sekian sahaja teks saya pada hari ini... sebarang komen boleh dihantar kepada saya...

    jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, soalan, ingin berkongsi masalah dan sebagainya boleh lah menghubungi saya... saya sedia membantu...




    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman